Friday, June 27, 2008

NUKILAN SEJARAH TARIKH HIJRAH

NUKILAN SEJARAH

Perang Badar – 2 H

Perang Uhud – 3 H

Perang Dzat al-Riqa’ – 4 H

Perang Khandaq – 5 H

Perang Bani Quraizoh – 5 H

Perdamaian Hudaibiyyah – 6 H

Perang Khaibar – 7 H

Pembukaan Makkah – 8 H

Perang Hunain – 8 H

Perang Mu’tah – 8 H

Perang Tabuk – 9 H

Kewafatan penghulu segala Nabi dan Rasul, Muhammad Ibn Abdullah, Rasulullah SAW – 11 H

Peperangan al-Riddah (memerangi orang-orang murtad) – 11 H

Peperangan Dzat al-Salaasil – 12 H

Abu Bakr al-Siddiq, khalifah pertama – 13 H

Peperangan al-Qadisiyyah – 14 H

Peperangan Yarmuk – 15 H

Pembukaan Baitul Maqdis – 16 H

Pembukaan Mesir – 20 H

Pembukaan Libya – 23 H

Umar Ibn al-Khattab, khalifah kedua – 23 H

Pembukaan Khurasan – 29 H

Uthman Ibn Affan, khalifah ketiga – 35 H

Peperangan al-Jamal – 36 H

Peperangan Siffin – 37 H

Ali Ibn Abi Tolib, khalifah keempat – 40 H

Pembukaan Tunisia – 50 H

Mu’awiyah Ibn Abu Sufian, khalifah pertama Kerajaan Bani Umaiyyah – 60 H

Thursday, June 5, 2008

PERBANDINGAN TAMADUN ISLAM DENGAN DUNIA MELAYU


PERBANDINGAN TAMADUN ISLAM DENGAN DUNIA MELAYU

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia ini.Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina , Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam sangat di sanjungi dan di agungi seluruh masyarakat dunia.

Semasa Zaman Keemasan Islam seperti Kerajaan Abbasiyah , para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada ilmu teknologi .Mereka melakukannya dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang terdahulu daripada mereka, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.

Tamadun Islam juga telah menterjemahkan dari segi budaya. ia merujuk kepada komuniti Muslim itu sendiri.Oleh sebab yang demikian budaya islam baik dari segi pemakaian atau sebagainya sangat penting untuk melahirkan suasana dunia islam.

Tetapi dunia melayu ,di kalangan masyarakat melayu islam semakin lumpuh pembagunan tamadun islam ,bahkan dunia melayu berkembang secara songsang.

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di dunia Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi.keadaan ini berlaku di sebabkan pemimpin-pemimpin yang berfikiran sosialisme yang tidak bermoral telah memperbodohkan rakyat-rakyatnya supaya terus menyokong mereka.Maka peristiwa dan keaadaan begini telah berlaku di nusantara khususnya di Malaysia.